Boleh terus hubungi saya untuk maklumat lanjut. Saya akan ceritakan bagaimana takaful ini menjadi ‘back up’ kita suatu hari nanti.
2020
Tahun 2020 tahun yang sangat mencabar... terutamanya hendak mengadaptasi norma baru dan hidup yang terkurung. Bak kata orang lama, terkurung dalam sangkar emas pun tak membahagiakan. Memang betul, tersiksa betul. Selalu bebas kesana kemari sekali kena kurung memang stress tahap gaban. Tetapi assabab COVID-19, dapat rezeki berkumpul dengan anak-anak. Semua sudah besar sekolah berasrama dan abang long semester 2 di IKM, memang susah nak berkumpul bersama. Syukur juga kerana berkesempatan solat jemaah terutama solat sunat terawikh. Pengalaman pertama kali beraya tanpa mak, memang sukar. Ini baru perpisahan sementara, tak dapat bayangkan nanti bila dijemput Ilahi nanti. Mudahan kita ada banyak lagi kesempatan untuk membahagiakan mak. Bekerja dari rumah memang sesuatu yang diimpikan, syukur diberikan peluang begini. Terutama ketika mempunyai baby. Seronok bila baby dapat diberikan perhatian sepenuhnya sambil bekerja. Belajar secara’online’ memang mencabar. Perlukan gajet, i...

Comments
Post a Comment