COVID-19 dan Aku
2020 dan COVID-19
Sungguh terkesan dengan virus COVID-19 ni... sepanjang tahun banyak perkara yang berlalu, salah satunya work from home. WFH sangatlah mencabar weh. Dulu sangat lah menantikan kerja yang boleh dilakukan dari rumah. Boleh menjaga keluarga sambil berkejaya. Amboih macam makan kacang kan? Hakikatnya fuh.
Sebenarnya kita kena bersedia dengan perkara pertama iaitu persekitaran rumah yang membantu untuk WFH. Dengan rumah yang belum siap kerana baru berpindah ke rumah baru. Sangatlah tidak membantu kerana tanpa meja dan kerusi yang selesa seperti di pejabat, maka kau tidak akan bermotivasi untuk bekerja. Kerana akan ada gangguan sakit pinggang jika berlama duduk di lantai.
Keduanya, perkhidmatan internet hendaklah selaju arnab dan sepantas kilat, jika tiada arnad dan kilat ini maka bercuti lah untuk bekerja. Satu lagi, kena ada gajet yang lengkap seperti headphone, microphone, dan lain-lain kelengkapan jika tidak abis laaa. Bukan mudah ya tuan puan hehehehe terutamanya yang tidak savy dengan IT. Boleh naik darah, tiada mood nak bekerja. Kerja mudah akan jadi susah.
Namun, semua itu berjaya diharungi, dan tak sedar dah sampai fasa kedua PKPB. Berjaya diadaptasi, indahnya hidup bekerja sambil menjaga baby. Haish susah la pulak bila kena masuk kerja nanti.
Manusia susah untuk dimengertikan....
Comments
Post a Comment