2020
Tahun 2020 tahun yang sangat mencabar... terutamanya hendak mengadaptasi norma baru dan hidup yang terkurung. Bak kata orang lama, terkurung dalam sangkar emas pun tak membahagiakan. Memang betul, tersiksa betul. Selalu bebas kesana kemari sekali kena kurung memang stress tahap gaban.
Tetapi assabab COVID-19, dapat rezeki berkumpul dengan anak-anak. Semua sudah besar sekolah berasrama dan abang long semester 2 di IKM, memang susah nak berkumpul bersama. Syukur juga kerana berkesempatan solat jemaah terutama solat sunat terawikh.
Pengalaman pertama kali beraya tanpa mak, memang sukar. Ini baru perpisahan sementara, tak dapat bayangkan nanti bila dijemput Ilahi nanti. Mudahan kita ada banyak lagi kesempatan untuk membahagiakan mak.
Bekerja dari rumah memang sesuatu yang diimpikan, syukur diberikan peluang begini. Terutama ketika mempunyai baby. Seronok bila baby dapat diberikan perhatian sepenuhnya sambil bekerja.
Belajar secara’online’ memang mencabar. Perlukan gajet, internet yang laju, syukur anak-anak ada semuanya. Namun belajar secara online sangat susah kesian anak, apa tah lagi cikgu ya.
Bertabah dan bertahan lah semua insyaAllah Ada sinar dihujung tahun nanti. Kita doakan bersama...
Comments
Post a Comment