Posts

Hadiah buat tersayang

❤️Sempena Hari Kelahiran, Hari Ulangtahun Perkahwinan... Marilah saja-sama kita berbuat baik dan membahagiakan keluarga tercinta ❤️ Hadiahkan HIBAH buat tersayang  Dengan pelan HIBAH serendah RM50 sebulan, pelan mampu milik yang dinantikan oleh semua. Alhamdulillah ❤️ ramai yang sudah merebut peluang ini.  Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim) Dalam hidup kita yang singkat ini, cuba renungkan kembali, apakah hidup kita selama ini banyak memberi manfaat atau menyusahkan orang lain? Nak tahu HIBAH dengan lanjut, hubungi saya. InsyaAllah saya akan cuba membantu  #superherokeluarga #satuHIBAHsatukeluarga 
Image
Boleh terus hubungi saya untuk maklumat lanjut. Saya akan ceritakan bagaimana takaful ini menjadi ‘back up’ kita suatu hari nanti.  
Antara Hibah, Wasiat dan Penama Sebelum tu nak tanya dulu. Dah ambil ka takaful? Kalau dan ambil bagus dan tahniah. Pada yang belum boleh baca penerangan ringkas ni dulu ya. Wasiat ialah pemberian harta/duit selepas kematian. Manakala hibah pulak ialah pemberian/hadiah berupa duit semasa hidup dan Penama pulak ialah pemegang amanah sementara untuk semua harta/duit di faraidkan. Faham tak... pastikan takaful yang kita ambil ada hibah. Kerana diantara kepentingan hibah ialah duit yang dihibahkan tidak akan di faraidkan. Akan terus dapat kepada siapa yang kita hibahkan. Bagus kan? Tentunya bagus, kerana apabila kita telah meninggal dunia semua harta/duit akan di kumpulkan di Amanah Raya untuk proses faraid. Ini sudah tentu ambil masa yang cukup lama... Tidak kah kasihan pada insan yang kita tinggalkan itu. Bagaimana kelangsungan hidup mereka, kerana duit di bank pun akan dibekukan. Itulah yang harus di pertimbangankan mengapa HIBAH adalah wajib diambil bagi ibubapa yang sayang kan keluarg...

COVID-19 dan Aku

 2020 dan COVID-19  Sungguh terkesan dengan virus COVID-19 ni... sepanjang tahun banyak perkara yang berlalu, salah satunya work from home. WFH sangatlah mencabar weh. Dulu sangat lah menantikan kerja yang boleh dilakukan dari rumah. Boleh menjaga keluarga sambil berkejaya. Amboih macam makan kacang kan? Hakikatnya fuh.  Sebenarnya kita kena bersedia dengan perkara pertama iaitu persekitaran rumah yang membantu untuk WFH. Dengan rumah yang belum siap kerana baru berpindah ke rumah baru. Sangatlah tidak membantu kerana tanpa meja dan kerusi yang selesa seperti di pejabat, maka kau tidak akan bermotivasi untuk bekerja. Kerana akan ada gangguan sakit pinggang jika berlama duduk di lantai. Keduanya, perkhidmatan internet hendaklah selaju arnab dan sepantas kilat, jika tiada arnad dan kilat ini maka bercuti lah untuk bekerja. Satu lagi, kena ada gajet yang lengkap seperti headphone, microphone, dan lain-lain kelengkapan jika tidak abis laaa. Bukan mudah ya tuan puan hehehehe t...

Perayaan ketika PKP

Satu pengalaman baru menyambut aidilfitri semasa PKP yang lalu... sepi sendu dan sesak. Kerana beraya tanpa mak disini memang tidak bermakna. Hanya kerana anak-anak lah pengubat lara. Dengan keadaan diri mengandung memang tekanan itu terlalu keras dan berat untuk di galang. Setiap sujud hanya Allah tempat mengadu.  Demi anak-anak mami cuba tersenyum meskipun airmata tak dapat disorok. Namun hikmah disebaliknya tersangat lah besar. Sepanjang ramadhan semua anak-anak berkumpul disisi bersama. Solat berjemaah, mengaji al-Quran, activities masak dan makan bersama. Seronoknya dapat memeluk dan mencium mereka.  Juadah yang sederhana, berbaju raya walaupun hanya beraya dirumah. Sempat juga mencari lemang bersama anak bujang. Berposing di tasik memotret momen beraya bersama COVID-19 sebagai kenangan hehehee...  cepat lah COVID-19 pergi...

Jantung Manis Mami

Image
 Inilah mereka, si jantung manis mami... demi mu anak apa saja mami akan lakukan. Yang menjadikan mami seperti hari ini. Dari anak manja abah dan mak, mami jadi mak yang kuat entah dari mana kekuatan itu muncul. Dari yang penakut mami menjadi mak yang terberani... Terima kasih kerana menjadi anak-anak mami. Alhamdulillah, Allah letak kalian dalam rahim mami. Semoga Allah memelihara kalian dari dunia hingga akhirat. Semoga menjadi anak yang soleh dan solehah yang akan mendoakan mami ayah. Maafkan mami kerana tidak menjadi mami terbaik. Mami sudah mencuba dan sentiasa memberikan yang terbaik... Sayang dunia akhirat...

2020

 Tahun 2020 tahun yang sangat mencabar... terutamanya hendak mengadaptasi norma baru dan hidup yang terkurung. Bak kata orang lama, terkurung dalam sangkar emas pun tak membahagiakan. Memang betul, tersiksa betul. Selalu bebas kesana kemari sekali kena kurung memang stress tahap gaban. Tetapi assabab COVID-19, dapat  rezeki berkumpul dengan anak-anak. Semua sudah besar sekolah berasrama dan abang long semester 2 di IKM, memang susah nak berkumpul bersama. Syukur juga kerana berkesempatan solat jemaah terutama solat sunat terawikh.  Pengalaman pertama kali beraya tanpa mak, memang sukar. Ini baru perpisahan sementara, tak dapat bayangkan nanti bila dijemput Ilahi nanti. Mudahan kita ada banyak lagi kesempatan untuk membahagiakan mak. Bekerja dari rumah memang sesuatu yang diimpikan, syukur diberikan peluang begini. Terutama ketika mempunyai baby. Seronok bila baby dapat diberikan perhatian sepenuhnya sambil bekerja. Belajar secara’online’ memang mencabar. Perlukan gajet, i...